GEORGE TOWN: Selepas dinobatkan sebagai antara 10 buah sekolah terbaik dunia bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia (WBSP) tahun lepas untuk Kategori Inovasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai sekali lagi melakar sejarah tersendiri pada tahun ini.
Hal ini kerana, inovasi Smart and Easy Table 2.0 (SnET 2.0) yang diperkenalkan mereka terus mendapat pengiktirafan dunia apabila bakal dipamerkan pula di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mulai minggu depan.
SnET 2.0 merupakan inovasi meja dan ruang simpanan buku yang membantu mengatasi isu masalah beg sekolah berat dalam kalangan pelajar sekolah.
Guru besar sekolah itu, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail berkata, pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri satu persidangan jemputan khas iaitu World Schools Summit 2024 yang berlangsung di Deira International School, Dubai pada 23 dan 24 September ini.
Jelas beliau, jemputan itu diterima susulan kejayaan inovasi SnET 2.0 yang diiktiraf sebagai antara tiga inovasi terbaik dunia dalam pertandingan berkenaan.
“Sempena persidangan itu, saya dan seorang guru penyelaras inovasi, S. Shangari akan membuat satu pembentangan di sana dan kejayaan ini juga Malaysia sempena Sambutan kemerdekaan ke-67 dan Hari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.