Industri halal perlu santuni keseluruhan rakyat - Utusan Malaysia

Industri halal perlu santuni keseluruhan rakyat

ANWAR Ibrahim berucap merasmikan Majlis Pelancaren Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS di sini, hari ini. - FARIZ RUSADIO/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Industri halal perlu menyantuni keseluruhan rakyat dalam usaha merealisasikan Ekonomi Madani dan semangat maqasid syariah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, perkembangan industri halal memberi gambaran bahawa ekonomi Islam itu bukan lagi terletak pada institusi kewangan semata-mata.

Katanya, jika dilihat dari segi maqasid syariah, terdapat usaha dan upaya peningkatan itu memperluaskan ekosistem halal supaya matalamat itu dicapai.

“Melalui industri halal kita mampu memenuhj satu aspek yang lemah yang tidak dapat dikuasai umumnya dalam industri atau sektor iaitu dapat menyantuni dan melepasi kelompok yang selalu dianggap berdagang dan berniaga.

“Industri halal ini akan menyentuh setiap petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana. Malah kedai-kedai runcit kerana ia dapat memastikan penyertaan lebih meluas.

“Bagi saya dalam mencapai maksud Ekonomi Madani dan semangat maqasid syariah, ia mesti menyantuni hampir keseluruhan rakyat. Institusi kewangan berjaya dalam beberapa bidang, tetapi dengan industri halal, ia telah melebar kegiatan itu kepada suatu yang begitu perlu,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia ( MITEC ), hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, pemimpin luar termasuk negara ASEAN, China dan Russia amat menekankan keperluan dan memohon supaya Malaysia memberikan kerjasama dalam industri halal.

Jelasnya, kerjasama itu bukan sahaja dari segi pensijilan, tetapi dari segi perdagangan dan soal berkaitan kegiatan sektor halal.

“Jadi sektor halal ini entunya dirdorong oleh faktor lain. Kebersihan dari segi kesihatan, keaslian yang telah mengangkat produk dan perkhidmatan halal Malaysia ke taraf lebih tinggi dan ini telah dapat mampu merobes pasaran antarabangsa termasuk barat dan timur,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, halal itu bukan semata-mata kepada produk sahaja termasuk yang tidak mengandungi kandungan alkohol dan daging babi.

Katanya, industri itu kini termasuk berkaitan soal kesihatan, kebersihan, keberkesanan, dan teknologi moden.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diminta untuk mengetuai pasukan dalam penyelarasan kegiatan ini.

“Majlis Pembangunan Industri Halal yang beliau (Ahmad Zahid) pengerusikan ini telah mengenalpasti aspek baharu yang belum diterokai sebelumnya.

“Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau, Miti (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) selain Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) kerana telah meletakkan Malaysia di tahap yang lebih meyakinkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN