JAKARTA: Agensi cukai Indonesia menyiasat dakwaan kebocoran data yang mendedahkan nombor pengenalan melibatkan jutaan pembayar cukai, termasuk Presiden Joko Widodo (Jokowi), anggota Kabinet dan dua anak beliau. Satu siri serangan siber melanda syarikat dan agensi kerajaan Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang dikaitkan dengan kelemahan kerajaan melindungi data peribadi. Pakar keselamatan siber, Teguh Aprianto memuat naik tangkapan skrin di platform media sosial X semalam, yang mengandungi sampel identiti kebangsaan dan nombor pengenalan pembayar cukai enam juta rakyat Indonesia, termasuk Jokowi serta beberapa menteri. Beliau berkata, pendedahan data pembayar cukai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya