Ikan mati tiada kaitan dengan pencemaran - Tian Soon

Ikan mati tiada kaitan dengan pencemaran – Tian Soon

IKAN mati di Sungai Rinting bukan disebabkan insiden pencemaran bau kimia yang dilaporkan berlaku di Sungai Pandan dan Sungai Skudai, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kejadian banyak ikan mati di Sungai Rinting, Pasir Gudang, dekat sini bukan disebabkan pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kebakaran yang berlaku di sebuah kilang di Seri Alam pada malam kelmarin.

“Semasa proses pemadaman kebakaran, sejumlah besar air telah digunakan menyebabkan bahan sisa seperti debu dan serpihan dibawa masuk ke longkang sebelum mengalir ke sungai.

“Ini menyebabkan tahap keasidan air sungai meningkat (pH mencapai 9) sehingga mengakibatkan kematian ikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Kelmarin, penduduk kampung berhampiran dikejutkan dengan penemuan banyak ikan yang terapung dan mati di Sungai Rinting.

Tian Soon berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri telah menghantar pasukan untuk menyiasat kejadian itu susulan aduan daripada penduduk.

“Jika terdapat penemuan baharu, tindakan susulan akan diambil dan kejadian ini tiada kaitan dengan insiden pencemaran yang terdahulu dan dianggap sebagai kes terpencil.

Kelmarin, media melaporkan sebuah kilang membuat makanan ringan musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian MEIL, Bandar Seri Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN