Ibu muda dukung bayi ke pusat pengundian - Utusan Malaysia

Ibu muda dukung bayi ke pusat pengundian

SYED HUSSIEN Syed Abdullah berbual dengan Nur Syafiqah Azani yang mendukung bayinya, Nur Syafaa Atiya Mohd. Riyadh Irfan yang berumur sebulan ketika mengundi di SMK Seri Perdana, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Demi menunaikan tanggungjawabnya, seorang ibu muda yang masih dalam tempoh berpantang tidak mahu ketinggalan mengundi memilih wakil rakyat baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

Kehadiran Nur Syafiqah Azani, 19, sambil mendukung bayinya mencuri tumpuan orang ramai termasuk calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini.

Dia yang melahirkan anak sulungnya, Nur Syafaa Atiya Mohd. Riyadh Irfan sebulan lalu tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

“Saya tinggal di Tampoi, Johor Bahru, pulang ke sini seawal pukul 4 pagi bersama suami yang bekerja sebagai pengurus kedai alat perkakasan.

“Ini adalah kali pertama saya mengundi. Jadi, saya tak mahu ketinggalan untuk sama-sama datang mengundi.

“Sebenarnya saya asal Sarawak, pindah ke Taman Murni, di sini pada tahun 2016 kerana emak bekerja di Hospital Kluang. Saya semak pendaftar pemilih tahun lepas dan layak mengundi pada PRK DUN Mahkota hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari.

Usai mengundi dia akan terus pulang ke Johor Bahru kerana suaminya bekerja pada syif petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya