Hujan lebat hampir seluruh negara hingga 5 petang - Utusan Malaysia

Hujan lebat hampir seluruh negara hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), ia melibatkan kawasan di Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Labuan.

Selain itu, ia turut membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Seterusnya di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau).

Pada masa sama, keadaan itu juga dijangka berlaku di kawasan Sri Aman, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Lahad Datu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut hantaran itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN