Hujan berterusan di empat negeri - Utusan Malaysia

Hujan berterusan di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada berkuatkuasa mulai 15 hingga 19 September melibatkan empat negeri.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, negeri-negeri terbabit ialah Perlis, Kedah Pulau Pinang dan Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan atau di aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN