Hentikan parodi lagu-layu Abuya, bimbang terpesong akidah

Hentikan parodi lagu-layu Abuya, bimbang terpesong akidah

NIK Abdul Kadir Nik Mohamad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Mufti Kelantan menyeru orang ramai supaya menghentikan tindakan parodi dan menyanyi lagu-lagu berkait dengan
Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang dibimbangi oleh memesongkan akidah.

Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata, lirik lagu dilihat terpesong kerana memuji sosok tubuh pengasas kumpulan Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad atau Abuya.

Menurutnya, Kelantan termasuk negeri-negeri lain sudah mengeluarkan fatwa mengatakan kumpulan Al-Arqam sesat dan bertentangan
dengan agama Islam.

“Jadi, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak membiarkan orang lain termasuk kanak-kanak menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan terbabit.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya berhenti berbuat demikian. Tindakan puja-memuja manusia dan perlu dihentikan segera,” katanya ketika ditemui pemberita pada Pengisytiharan dan Anugerah MBOR Penulisan Tiga Juta Kalimah Allah di Sekolah Menengah Ugama Arab Bustanus Saadah di sini, hari ini.

Sebelum ini, media sosial dibanjiri lagu-lagu dikaitkan dengan fahaman kumpulan Al-Arqam selepas pembongkaran kegiatan GISBH berhubung dakwaan eksploitasi manusia dan penderaan terhadap kanak-kanak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya