MyIPO, Tekun Nasional dan SME Corp jalin kerjasama

Harta intelek: MyIPO, Tekun Nasional dan SME Corp jalin kerjasama

KAMAL Kormin (dua, kiri) bersama peserta program Innopreneur: IP Solution for Entrepreneurs dan pelancaran Katalog Harta Intelek di Menara MyIPO, Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/SYAHIRAH ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menjalin kerjasama dengan TEKUN Nasional dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan inisiatif baharu bagi melindungi harta intelek usahawan tempatan.

Ketua Pengarah MyIPO, Kamal Kormin berkata, masih ramai usahawan yang belum menyedari  manfaat sebenar harta intelek dalam melindungi jenama, idea, serta inovasi mereka daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, MyIPO terus komited untuk membantu usahawan tempatan dalam memanfaatkan harta intelek bagi meningkatkan nilai dan pendapatan perniagaan mereka.

“Saya percaya dengan hak eksklusif  ke atas produk dan perkhidmatan yang didaftarkan, usahawan boleh memperkukuhkan kedudukan mereka di pasaran dan memastikan inovasi mereka dilindungi daripada sebarang bentuk pelanggaran,” katanya selepas majlis peluncuran Katalog Harta Intelek dalam program `Innopreneur: IP Solution for Entrepreneurs’ di sini, hari ini.

Turut hadir, Penolong Ketua Pengarah (Perancangan, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran) MyIPO, Sh. Arifin Sh. Mohd.

Katalog Harta Intelek adalah inisiatif penting yang MyIPO hasilkan khusus untuk memberikan panduan lengkap kepada usahawan mengenai proses pendaftaran harta intelek.

Mengulas lanjut, Kamal berkata, dengan memahami hak-hak harta intelek, para usahawan dapat memperoleh pelbagai kelebihan.

“Setiap usahawan dapat memperkuatkan daya saing, menjana aliran pendapatan tambahan, memudahkan akses kepada pembiayaan, dan menarik pelabur serta rakan kongsi,” katanya.

Katalog Harta Intelek yang diperkenalkan bakal memberi manfaat besar kepada komuniti usahawan.

Katalog itu akan menjadi panduan utama untuk membantu usahawan meminimumkan risiko pelanggaran harta intelek serta meningkatkan potensi perlindungan terhadap hasil karya dan inovasi mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya