Hamid dilantik Pengarah Penjara Kelantan yang baharu

Hamid dilantik Pengarah Penjara Kelantan yang baharu

HAMID Taha (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Kamarulzaman Ismail (kiri) sambil disaksikan Mohamad Rosidek Musa (tengah) paca Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Kelanran di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Pengarah Penjara Terengganu, Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha dilantik sebagai Pengarah Penjara Kelantan yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Hamid mengambil alih tugas Penolong Kanan Komisioner, Kamarulzaman Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Penjara Pengkalan Chepa.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Tan Sri Murad Ahmad Penjara Pengkalan Chepa itu disaksikan Pengarah Pembangunan Profesionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Penjara, Mohamad Rosidek Musa.

Sementara itu, Hamid berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab itu dengan penuh komitmen dan dedikasi mengikut visi serta misi seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.

“Saya juga berharap semua pegawai dan anggota dapat memberi kerjasama sepanjang saya berkhidmat di negeri ini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN