PORT-AU PRINCE: Kerajaan Haiti mengumumkan penubuhan sebuah majlis pilihan raya sementara, semalam. Ia adalah langkah pertama untuk memulihkan proses pilihan raya selepas kemelut politik dan keganasan yang menggagalkan percubaan sebelum ini. Menurut pejabat Perdana Menteri, majlis yang ditubuhkan pada Rabu sudah mempunyai wakil bagi tujuh kerusi mewakili kumpulan agama, wartawan, petani dan kesatuan. Dua lagi kerusi, untuk organisasi hak asasi manusia dan hak wanita, masih belum mempunyai wakil, kata pejabat itu di X. Majlis tersebut akan bertanggungjawab menetapkan rangka kerja undang-undang untuk mengadakan pilihan raya dan seterusnya merancang pelaksanaannya. Negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya