Guru selamat, kereta remuk langgar gajah - Utusan Malaysia

Guru selamat, kereta remuk langgar gajah

KEADAAN kereta Honda City dipandu seorang guru remuk terlanggar seekor gajah di Kilometer 6, Jalan Nitar-Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang guru berdepan detik cemas apabila terlanggar seekor gajah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilometer 6, Jalan Nitar-Mersing, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kemalangan melibatkan kereta Honda City itu pada pukul 6.45 pagi.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Honda City dalam perjalanan dari Endau menuju ke Kahang telah terlanggar seekor gajah yang berada di laluannya.

“Pemandu, seorang wanita berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan yang serius, manakala gajah tersebut tidak dapat ditentukan keadaannya dan telah beredar dari tempat kejadian menuju ke ladang kelapa sawit yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan jangan panik apabila berdepan situasi sama. 

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi talian 07-7992222 dan hotline 07-7996224. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN