Guru sekolah, setiausaha PPR tidak mengaku amang seksual - Utusan Malaysia

Guru sekolah, setiausaha PPR tidak mengaku amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah rendah kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap bekas pelajar lelakinya berusia 13 tahun, lima bulan lalu.

Tertuduh, Wen Beng Heng, 54, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berumur 13 tahun bagi tujuan seksual di sebuah rumah di Jinjang Utara di sini pada pukul 10.30 malam, pertengahan April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu, boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum sebatan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana pertuduhan yang dikenakan terhadap lelaki itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

“Namun, sekiranya mahka­mah ingin memberikan jaminan terhadap tertuduh, pendakwaan memohon supaya jaminan ditetapkan RM50,000 beserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis, pasportnya diserahkan kepada mahkamah dan tidak menganggu mangsa, keluarga (mangsa) dan saksi-saksi pendakwaan.

“Dalam kes ini, tertuduh adalah bekas guru mangsa semasa mangsa berada di sekolah rendah,” kata pendakwa raya itu.

Peguam S. Muraliraj yang mewakili Beng Heng bagaimanapun memohon supaya mahkamah memberikan ikat jamin kepada anak guamnya atas alasan tertuduh menanggung keluarga dan telah kerjasama baik sepanjang siasatan pihak polis.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis Jinjang dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Di mahkamah sama, seorang setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sebuah kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) turut mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun lima bulan bagi tujuan seksual, pada awal minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya