Global Ikhwan nafi terlibat aktiviti langgar undang-undang - Utusan Malaysia

Global Ikhwan nafi terlibat aktiviti langgar undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dalam satu kenyataan menafikan pembabitan mereka dalam kegiatan melanggar undang-undang seperti yang tular.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan sedia memberikan kerjasama berhubung siasatan pihak berkuasa berkaitan aktiviti eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.

Jelas kenyataan itu, isu tersebut disifatkan sebagai satu prasangka dan fitnah berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap GISBH.

“Kami tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang khususnya melibatkan kanak-kanak sebagai pekerja.

“Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berwajib bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Semalam, polis menyerbu 20 rumah amal masing-masing 18 buah di Selangor dan dua di Negeri Sembilan kerana disyaki terlibat dengan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan juga perbuatan cabul terhadap kanak-kanak berusia antara satu tahun hingga 17 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada 2 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan polis berkaitan dakwaan itu di Port Dickson dan beberapa laporan sama turut dibuat di beberapa tempat selepas itu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, PDRM membuka lapan kertas siasatan membabitkan empat di Selangor dan empat di Negeri Sembilan. – UTUSAN



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN