GISBH: Jumpa bahan bacaan Aurad Muhammadiyah dalam serbuan di Johor

GISBH: Jumpa bahan bacaan Aurad Muhammadiyah dalam serbuan di Johor

MOHD. FARED MOHD. KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG:  Pihak berkuasa menemukan beberapa bahan bacaan baharu, termasuk buku yang dipercayai ada kaitan dengan Aurad Muhammadiyah dalam serbuan di premis GlSB Holdings Sdn. Bhd., (GISBH) di beberapa daerah di negeri ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Hal Ehwal Agama negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, operasi bersepadu yang disertai pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta agensi penguatkuasaan di lima daerah pada kelmarin dan semalam itu turut menyelamatkan kanak-kanak di premis tersebut.

Daerah yang terlibat ialah Kluang, Mersing, Segamat, Kota Tinggi dan Johor Bahru dengan penemuan bahan bacaan terlarang ataupun bacaan baharu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Aurad Muhammadiyah yang difatwakan sesat.

Walau bagaimanapun, katanya, siasatan terperinci masih dijalankan dan JAINJ akan mengambil tindakan lanjut termasuk pendakwaan sekiranya wujud elemen itu di bawah Enakmen Syariah Negeri Johor.

“Kita perlu mengambil sedikit masa kerana sebahagian buku yang dirampas itu adalah bahan baharu. Jadi, kita tidak tahu sama ada ia berkaitan dengan Aurad Muhammadiyah yang difatwakan haram.

“Tindakan perlu dilakukan berhati-hati berbanding secara serta-merta ataupun kelam kabut dan akhirnya tidak membuahkan hasil.

“Jadi, satu proses mahkamah memerlukan tindakan yang sangat teliti. Bagi maksud kebajikan anak-anak yang diselamatkan dalam operasi itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengambil tanggungjawab,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Pra Tahfiz Peringkat Kemas Johor yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fared berkata, JAINJ sudah pun mengunjungi semua lokasi utama yang dikenal pasti untuk membuat pemeriksaan.

“Ada premis yang masih lagi menempatkan golongan warga emas, dewasa dan kanak-kanak. Sebagai contoh premis di Mutiara Rini, Johor Bahru yang juga ada penemuan bahan, namun penghuni sudah tiada. Jadi, kita akan bekerjasama dengan polis untuk menjejaki mereka.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya