GISBH: Johor kaji sebelum keluar fatwa - Mohd. Fared - Utusan Malaysia

GISBH: Johor kaji sebelum keluar fatwa – Mohd. Fared

MOHD. FARED Mohd. Khalid (kiri) bersama-sama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian barang keperluan sumbangan orang ramai untuk dihantar ke Palestin ketika ditemui dalam program Jelajah Orang Mahkota di Taman Kasih, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor  akan membuat kajian terlebih dahulu tentang kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sebelum mengeluarkan sebarang fatwa. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, fatwa hanya boleh ditetap oleh Jawatankuasa Fatwa negeri selepas diperkenan Sultan Johor yang kini Yang di-Pertuan Agong.

“Di Johor, ada kaedah dan tatacaranya. Jawatankuasa Fatwa Negeri akan membuat kajian dan ketetapan sebelum nanti diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,” katanya ketika semasa menghadiri Jelajah Orang Mahkota (JOM) di Masjid Jamek Taman Kasih, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fared berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sentiasa memantau tiga madrasah dan dua pusat asuhan yang ada kaitan dengan pertubuhan itu di negeri ini. 

“Setakat ini, tiada aduan diterima, malah madrasah di Segamat, Muar dan Tangkak berdaftar. Tetapi pemantauan berterusan akan dilakukan,” katanya.

Sebelum itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan ajaran dalam GISBH mempunyai unsur ajaran sesat. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN