GISBH diperintah bayar bekas pekerja RM23,000 - Utusan Malaysia

GISBH diperintah bayar bekas pekerja RM23,000

SERBUAN yang dilakukan di premis GISBH di Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Buruh Kluang, Johor memerintahkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) membayar RM23,100 kepada bekas pekerjanya yang tidak pernah menerima gaji sepanjang 10 tahun bekerja.

Bekas pekerja itu, Mohamad Adam Rahmad telah memfailkan kes di Pejabat Tenaga Kerja Kluang pada 18 Januari lalu.

Pengadu membuat tuntutan itu terhadap GISBHS yang beralamat di Rawang, Selangor.

Utusan Malaysia dimaklumkan, menurut penghakiman mahkamah, pengadu menyatakan beliau mula bekerja pada Januari 2014 sebagai Setiausaha Kerja di Miri, Sarawak.

Beliau kemudian telah dipindahkan ke beberapa lokasi dan lokasi terakhir di Endau Johor.

Pengadu menyatakan dia sepatutnya dibayar gaji sebanyak RM9,500 sebulan dengan waktu kerjanya bermula 8 pagi sehingga 5 petang.

Bagaimanapun selepas bekerja, tiada cuti mingguan diberikan dan GISBH tidak pernah dibayar gajinya sejak mula bekerja dari tahun 2014 di premis Miri, Sarawak lagi.

Beliau pernah cuba beberapa kali bertanya dengan pihak majikan berkaitan pembayaran gajinya dan majikan berjanji akan membuat bayaran penuh bersama dengan gaji-gaji yang tertunggak sebelum ini namun tiada sebarang pembayaran dibuat sehingga kini.

Oleh hal yang demikian, Mohamad Adam membuat tuntutan tunggakan gaji berjumlah RM209,000.

Namun, Mahkamah memerintahkan GISBH membayar sebahagian daripada tuntutan selepas pengiraan semula upah iaitu baki gaji berjumlah RM23,100.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN