Fitnah gadai tanah, Pejabat MB Kelantan lapor polis

Fitnah gadai tanah, Pejabat MB Kelantan lapor polis

HANIFULFUAD Hussin (kiri) bersama Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan, Jamal Najmuddin Sulaiman (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pejabat Menteri Besar Kelantan hari ini membuat laporan polis berkait dakwaan kerajaan negeri telah menggadaikan tanah di Mukim Ketil, Bandar Utama, Gua Musang.

Laporan tersebut dibuat oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Hanifulfuad Hussin di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Hanifulfuad berkata, tindakan itu diambil bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berkait penyebaran video fitnah yang sedang tular di aplikasi TikTok.

“Kerajaan Kelantan memandang serius isu penyebaran fitnah ini yang jelas berniat jahat serta berusaha merosakkan kredibiliti serta integriti pentadbiran kerajaan negeri.

“Setakat ini empat individu telah dikenal pasti dan dinamakan dalam laporan dalam laporan polis sebagai pihak yang memuat naik video utama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini petang tadi.

Hanifulfuad memberitahu, pihaknya tidak berhasrat untuk mendedahkan keempat-empat individu berkenaan tetapi memaklumkan bahawa salah seorang individu terbabit telah mencabar kerajaan negeri untuk menyamannya.

Katanya, kesemua individu yang dinamakan dipercayai mempunyai hubung kait dengan parti-parti politik tertentu.

“Tujuan tuduhan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang bakal berlangsung di Kluang, Johor pada 28 September ini.

“Difahamkan salah seorang daripada individu terlibat dipercayai menjadi ejen kepada salah sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) manakala seorang lagi mempunyai hubungan langsung dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom),” ujarnya.

Hanifulfuad berkata, pihaknya menggesa agar tindakan undang-undang sewajarnya diambil terhadap semua individu terbabit selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 499, 500 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya