Fasiliti MRSM Terendak paling daif

Fasiliti MRSM Terendak paling daif

ASYRAF WAJDI Dusuki melihat keadaan tandas MRSM Terendak, Sungai Udang, Melaka yang kotor dan uzur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Daripada 40 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang telah dilawati oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di seluruh negara, MRSM Terendak, Sungai Udang di sini merupakan yang paling daif setakat ini.

Perkara itu didedahkan Asyraf Wajdi selepas lawatan mengejut ke institusi itu hari ini, susulan insiden keracunan makanan membabitkan 48 pelajarnya.

Tegasnya, peruntukan segera berjumlah RM400,000 telah diluluskan bagi membolehkan penyelenggaraan fasiliti-fasilliti daif antaranya tandas, kelas dan bilik guru yang tidak boleh digunakan, selain lantai dewan selera dipenuhi najis tikus.

“Saya telah meluluskan tadi tidak kurang daripada RM400,000 untuk diselenggarakan semua fasiliti-fasiliti ini untuk pelajar-pelajar ini mendapat fasiliti yang terbaik.

“Kerana MRSM ini kita seharusnya menawarkan pendidikan yang terbaik tetapi juga ekosistem dan juga suasana persekitaran juga mesti berada pada tahap yang terbaik.

“Berbanding dengan 39 MRSM yang telah saya lawati, semua ada 57 MRSM. Saya sudah pergi 39 MRSM campur ini 40. Jadi saya punya penilaian, MRSM Terendak ini dalam keadaan yang amat daif dan uzur terutamanya fasiliti-fasiliti tertentu,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Ekspo Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) @ Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2024 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

ASYRAF WAJDI Dusuki ditemui selepas Majlis Perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET @ KKDW 2024 di Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/HADI AB. MANAP

Berkenaan keracunan makanan, Asyraf Wajdi berkata, insiden membabitkan 48 pelajar tingkatan satu dan dua itu bermula dengan lapan mangsa yang dihantar ke Hospital Kem Terendak untuk menerima rawatan.

“Tadi saya bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dapati berlaku kekotoran yang mana ada tahi tikus dan keadaan dapur tidak terurus baik.

“Namun pihak kesihatan masih melakukan siasatan, apakah punca sebenar sama ada berpunca daripada dewan selera atau makanan berbungkus dari koperasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya