FAMA, Agrobank tandatangan MoU bernilai RM25 juta - Utusan Malaysia

FAMA, Agrobank tandatangan MoU bernilai RM25 juta

MAJLI pemeteraian memorandum persefahaman antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Agrobank di Serdang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Agrobank menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melalui Pakej Eksklusif Usahawan Cashless Pasar Tani bernilai RM25 juta.

Ketua Pegawai Operasi Agrobank, Zahid Ahmad Zawawi berkata, inisiatif ini bertujuan memperkasakan usahawan pasar tani dan menaik taraf perniagaan mereka dari aspek kaedah pembayaran tradisional secara tunai kepada tanpa tunai.

“Pelancaran Pakej Eksklusif Usahawan Cashless Pasar Tani ini terbuka kepada semua pelanggan baharu atau sedia ada Agrobank dan telah berdaftar sebagai usahawan pasar tani di bawah FAMA di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

“Inisiatif ini meliputi pelbagai kategori peniaga termasuk penjual ayam, daging, buah-buahan, hasil laut, barang runcit, input pertanian dan lain-lain,” katanya kepada pemberita di Dewan C di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Tambahnya, pakej ini menyasarkan seramai 500 usahawan pasar rani di Lembah Klang sebagai permulaan dengan perancangan akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, menerusi pakej ini juga usahawan akan menerima manfaat seperti kad debit Agrobank, penulisan wasiat dan perlindungan takaful kemalangan diri sehingga RM20,000. 

“Selain membuka peluang akses kepada pembiayaan lebih inklusif, penggunaan kod respons pantas (QR) meningkatkan kecekapan transaksi kerana pembayaran dibuat dengan cepat dan mudah.

“Kadar faedah dikenakan adalah serendah 3.5 peratus seterusnya membantu mengurangkan kos operasi usahawan tani. 

“Dengan ini, kami berharap lebih ramai usahawan dapat membeli keperluan pertanian dan terus berniaga di pasar-pasar tani untuk keperluan harian masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya