KABUL: Enam maut manakala 13 yang lain cedera selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan di ibu negara Afghanistan, semalam. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang berlaku di kawasan Qala-e-Bakhtiar, selatan Kabul, petang semalam. Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran berkata, seorang individu memakai bahan letupan pada badannya sebelum meletupkan diri, mengakibatkan seorang wanita turut maut. “Mangsa cedera kini dirawat di hospital dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam hantaran di platform X. Keganasan di Afghanistan berkurangan sejak Taliban mengambil alih pemerintahan pada 2021, namun terdapat beberapa kumpulan militan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya