Empat beranak pengikut GISBH direman

Empat beranak pengikut GISBH direman

BAPA bersama tiga anak lelakinya yang disyaki pengikut Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tiba di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan untuk prosiding reman hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang bapa bersama tiga anak lelakinya yang disyaki pengikut Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk prosiding reman.

Difahamkan, empat beranak itu dibawa ke mahkamah selepas dipercayai terlibat menanam dan membakar pelbagai jenis buku berkaitan ajaran GISBH, Al-Arqam dan Abuya yang dijumpai berhampiran rumah keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH di Panji, pada Sabtu lalu.

Mereka berusia antara 15 hingga 48 tahun yang berpakaian biasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira pukul 8.45 pagi dengan menaiki van polis.

Terdahulu, kesemua mereka dipercayai di cekup di Johor Bahru, Johor semalam sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, polis melakukan serbuan di kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji, Sabtu lalu.

Melalui operasi berkenaan, puluhan buku ditemui ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu dan lebih 30 individu termasuk isteri kedua CEO GISBH diperiksa dan dibawa ke pusat saringan.

Terbaharu semalam, polis menyerbu rumah amal dan sekolah milik GISBH di Gong Kulim, Pasir Puteh sebelum menjumpai pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al-Arqam yang disembunyikan dalam stor dalam rumah amal terbabit. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya