Empat beranak direman tiga hari bantu siasatan bakar, tanam buku ajaran GISBH

Empat beranak direman tiga hari bantu siasatan bakar, tanam buku ajaran GISBH

BAPA bersama tiga anaknya yang merupakan pengikut Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) direman selama tiga hari bermula hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang bapa bersama tiga anak lelakinya yang disyaki pengikut Global Ikhwan Services Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes membakar dan menanam pelbagai jenis buku berkaitan ajaran GISBH, Al-Arqam dan Abuya berhampiran rumah keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu di Panji, pada Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Jumaat terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 48 tahun itu dikeluarkan dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Terdahulu, kesemua mereka dipercayai di cekup di Johor Bahru, Johor semalam sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, polis melakukan serbuan di kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji, Sabtu lalu.

Melalui operasi berkenaan, puluhan buku ditemui ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu dan lebih 30 individu termasuk isteri kedua CEO GISBH diperiksa dan dibawa ke pusat saringan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN