Elak kesilapan syarat, adat pemakaian busana tradisional

Elak kesilapan syarat, adat pemakaian busana tradisional

MOHD. Faizal Ramli (tiga dari kanan) melihat pameran sempena penganjuran Bengkel Busana Tradisional Negeri Sembilan 2024 di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mula mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha-pengusaha butik di negeri ini terutama yang memberikan khidmat sewa pakaian dan busana tradisional termasuk aksesori seperti tanjak.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli berkata, langkah tersebut bagi menjelaskan kepada semua pihak pemakaian busana yang telah ditetapkan pola atau coraknya di negeri ini yang meliputi harian, adat istiadat, pengantin, persembahan kebudayaan dan kesenian.

“Kita tahu butik-butik ini kebiasaannya menyewakan destar dan pakaian kepada pengantin namun daripada segi adat ada perbezaan dan syarat antara rakyat biasa dan istana.

“Ramai yang tidak menyedari dan jelas mengenainya, ada pihak yang menyewa destar dari butik dan terus ke istana namun tidak dapat masuk ke istana khususnya semasa istiadat penyampaian pingat.

‘Saya sudah minta terutama pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan untuk menjelaskan perkara ini, kita panggil pengusaha-pengusaha dan maklumkan bahawa ada tanjak-tanjak yang khusus untuk rakyat biasa untuk dipakai pada program berkaitan di istana,” katanya.

Mohd. Faizal berkata demikian ketika selepas merasmikan Bengkel Busana Tradisional Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin.

Sementara itu, beliau berkata, bengkel pertama kali anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara itu diharapkan dapat mengetengahkan keindahan dan keunikan busana tradisional Negeri Sembilan.

“Para peserta juga akan dapat memperoleh ilmu baharu berkaitan khazanah budaya yang diserikan dengan ungkapan, pantun dan syair yang menggambarkan tentang busana yang menjadi kebanggaan kita di negara ini.

“Pada masa yang sama, bengkel ini mampu menarik minat generasi muda untuk mengetahui asal usul, keistimewaan dan falsafah cara pemakaian busana tradisional Negeri Sembilan yang diwarisi sejak sekian lama,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya