DUN Kelantan bersidang akhir November, bentang Belanjawan 2025

DUN Kelantan bersidang akhir November, bentang Belanjawan 2025

MOHD. Amar Nik Abdullah-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan bersidang selama lima hari pada akhir November ini bagi membentangkan Belanjawan 2025.

Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pada masa sama majlis angkat sumpah wakil rakyat Nenggiri akan turut dilangsungkan selain pelantikan senator untuk Dewan Negara.

Menurutnya, mengikut jadual asal pembentang itu sepatutnya berlangsung pada 24 Oktober ini namun terpaksa dipinda kerana ia bertembung dengan Persidangan Majlis Raja-Raja.

“Oleh yang demikian, Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk mengangguhkan sidang dan melaksanakannya pada akhir November.

“Sidang DUN Kelantan itu akan berlangsung selama lima hari. Daripada jumlah itu, sehari diperuntukan untuk pembentangan belanjawan dan selebihnya bagi perbahasan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-55 Tahun Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Mohd Amar memberitahu, pembentangan belanjawan itu akan bermula pada Khamis.

Katanya, kerajaan memberi masa dua hari iaitu Jumaat serta Sabtu untuk wakil rakyat mempersiapkan jawapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya