Dua maut kemalangan libatkan empat kenderaan - Utusan Malaysia

Dua maut kemalangan libatkan empat kenderaan

PENUNGGANG motosikal dan seorang penumpang Mitsubishi Xpander maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 15, Jalan Kota Tinggi-Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 15, Jalan Kota Tinggi-Mersing hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Abdul Wahid berkata  pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.52 pagi.

Seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang melibatkan enam orang mangsa yang menaiki Mitsubishi Xpander, Perodua Viva, sebuah motosikal dan lori.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori Isuzu lima tan dengan pemandunya cedera ringan, Perodua Viva juga melibatkan seorang pemandu cedera ringan, manakala Mitsubishi Xpander terdapat seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia dan dua mangsa cedera.

“Sementara itu, seorang penunggang motosikal jenis Y16 turut disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, mayat dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan dengan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semua mangsa yang cedera dibawa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN