Dua cedera, ambulans terbalik elak langgar motosikal terbabas di LPT1, Temerloh - Utusan Malaysia

Dua cedera, ambulans terbalik elak langgar motosikal terbabas di LPT1, Temerloh

AMBULANS Kementerian Kesihatan terbabas dan terbalik ketika cuba mengelak sebuah motosikal di Kilometer 115.2 Lebuhraya Pantai Timur Satu di Temerloh, Pahang. - FOTO/IPD TEMERLOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Sebuah ambulans Kementerian Kesihatan terbabas melanggar penghadang besi lalu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 115.2 Lebuhraya Pantai Timur Satu (LPT1) di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima maklumat daripada orang awam tentang kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila ambulans jenis Iveco dipandu Mohd. Radzuan Othman, 43, dalam perjalanan dari Selayang, Selangor menghala balik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu ambulans ternampak sebuah motosikal terbabas dan jatuh di hadapan. Melihat kejadian itu, pemandu ambulans cuba mengelak melanggar motosikal tersebut dan dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi di tepi jalan kanan,” katanya di IPD Temerloh di sini hari ini.

Menurut Mazlan, tiada perlanggaran antara dua kenderaan itu, namun dua penumpang lelaki yang berada dalam ambulans berusia 42 dan 34 tahun mengalami kecederaan luka di siku dan lutut, manakala seorang jururawat wanita berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan berlaku di jalan lurus, sistem jalan dua lorong satu hala, permukaan rata dan kering, terdapat penghadang besi di tepi kiri dan kanan jalan, keadaan cuaca cerah dan baik,” katanya.

Ujarnya, kes kemalangan disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal memand (Rule R10 LN166/59). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya