Ditahan ‘merempit’ sehari sebelum percubaan SPM

Ditahan ‘merempit’ sehari sebelum percubaan SPM

PENUNGGANG motosikal yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Taman Klebang Ria di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sekumpulan ‘mat rempit’ diberi pengajaran apabila bukan sahaja perlu menolak motosikal sejauh lima kilometer, malah turut diberikan nasihat oleh Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.

Kesemua mereka yang di­bawa ke Balai Polis Kampung Tawas itu diberi teguran dan amaran tidak mengulangi perbuatan sama sebelum dibenarkan pulang menjelang pukul 12 tengah malam.

Menurut Azizi, sebagai ketua polis, beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab menegur orang ramai khususnya remaja agar tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram.

“Saya tahu apa yang saya cakap malam ini ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Namun, sebagai ketua polis dan orang yang lebih tua, saya minta hentikan perbuatan ini (berlumba) atau menonton orang berlumba.

“Saya beri nasihat ini se­perti bapa, jadi sebagai bapa sudah tentu saya sedih dan marah melihat anak saya berada di sini (ditahan).

“Di luar sekarang pun ramai ibu bapa yang sedang tunggu, sebab esok ada antara kamu yang akan ambil peperiksaan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kampung Tawas di sini kelmarin.

Azizi berkata, seramai 136 individu berusia antara 12 hingga 45 tahun ditahan untuk pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang diadakan di Jalan Klebang Ria, Taman Klebang Ria di sini bermula pukul 3 petang kelmarin.

Katanya, seramai 69 orang adalah pelajar sekolah de­ngan 22 daripada mereka merupakan pelajar tingkatan lima yang akan menduduki pepe­riksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.

“Dalam operasi ini, kita menahan 101 motosikal untuk pemeriksaan dan daripada jumlah itu, 20 motosikal disita bagi pelbagai kesalahan.

“Kita juga mengeluarkan 168 saman kepada mereka dengan kesalahan paling serius adalah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi dan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya