Demi masa depan, jangan remehkan hak mengundi - Akmal - Utusan Malaysia

Demi masa depan, jangan remehkan hak mengundi – Akmal

MUHAMAD AKMAL Salleh (dua dari kiri) dan Syed Hussien Syed Abdullah (kiri) menyertai Pertandingan Memancing di Taman Ilham, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Demi masa depan, para pengundi muda, khususnya yang tinggal di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota diminta  pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada 28 September ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Salleh berkata, meskipun PRK DUN Mahkota tidak akan mengubah kerajaan negeri, namun ia penting dalam memastikan nasib dan masa depan penduduk terus terbela.

“Pengundi luar (yang tinggal di luar Mahkota) dan pengundi muda tidak boleh ada rasa PRK ini tak penting. Mereka kena ingat, walaupun berada di luar, tetapi mereka menentukan nasib ahli keluarga mereka yang berada di sini.

“Jadi, jika mereka tidak balik dan yang menang nanti adalah calon yang tidak boleh bekerja, yang kasihan (rugi) adalah ahli keluarga mereka sendiri,” katanya selepas menyertai Pertandingan Memancing Santai di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, di sini hari ini yang turut disertai calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal melahirkan keyakinan dengan kemampuan Syed Hussien untuk membela nasib dan membawa suara penduduk DUN Mahkota sekiranya dipilih dalam PRK tersebut.

Katanya, Pemuda UMNO hanya menamakan Syed Hussien kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon memandangkan beliau merupakan pemimpin tempatan yang sudah sedia dikenali masyarakat pelbagai peringkat umur dan kaum di DUN itu.

“Kita sendiri pun tidak sangka pucuk pimpinan akan memilih Syed Hussien sebagai calon, tetapi kita memang sudah bersedia dan apabila diberi kepercayaan, maka kita gerakkan seluruh jentera bagi memastikan kemenangan beliau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya