Dasar berkecuali harus dimanfaat, perkukuh kerjasama ekonomi - Fadillah - Utusan Malaysia

Dasar berkecuali harus dimanfaat, perkukuh kerjasama ekonomi – Fadillah

FADILLAH Yusof (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia 2024 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dasar luar negara yang berpaksikan pegangan bebas dan berkecuali, khususnya melibatkan aspek politik perlu dimanfaatkan sebaiknya sebagai sebuah negara perdagangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Malaysia perlu mengambil peluang hasil hubungan akrab dengan Amerika Syarikat, China dan Rusia untuk menarik pelaburan daripada semua pihak.

“Malaysia adalah sebuah ‘trading nation’ (negara perdagangan), dasar kita berkecuali dan kita berkawan dengan semua pihak di peringkat global tetapi bukan melibatkan soal politik, sebaliknya perdagangan dan ekonomi.

“Sebagai sebuah negara kecil, kita perlu imbangi hubungan dengan Amerika Sangat, China, Rusia dan negara-negara Eropah. Kita perlu kenal pasti kelebihan setiap negara dan adakan kerjasama demi manfaat dan kebaikan rakyat Malaysia,” katanya semasa merasmikan Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia 2024 di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPS,  Datuk Dr. Ahmad Anuar Othman.

Namun, Fadillah menegaskan, Malaysia mempunyai pendirian sendiri, khususnya melibatkan geopolitik antarabangsa.

“Namun apabila melibatkan soal ekonomi, ya kita mahu berkawan dengan semua pihak (negara) dalam pelbagai bidang ekonomi berbeza. Untuk itu kita perlu bekerjasama dengan semua pihak.

“Sebagai contoh Rusia, antara kekuatan mereka adalah sektor perubatan dan teknologi, termasuk teknologi nuklear. Jadi, dengan hubungan baik kita dapat belajar bidang ini daripada mereka,” jelasnya.

Pada 18 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu Malaysia telah menyampaikan hasrat menyertai BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya