Dakwa segera jika terlibat jenayah - Pas - Utusan Malaysia

Dakwa segera jika terlibat jenayah – Pas

bersatu
 AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas memohon siasatan terhadap sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dijalankan dengan terperinci dan adil.

Malah, Ketua Penerangannya, Fadhli Shaari berkata, sekiranya benar mereka terlibat dengan jenayah menjijikkan itu, maka perlu dakwa dengan segera di mahkamah.

“Jenayah jijik seperti itu tidak boleh dinormalisasikan, jangan biar masyarakat anggapnya sebagai perkara biasa sehingga membiarkan pelakunya lepas bebas, apatah lagi lebih bahaya jika dilantik sebagai pemimpin masyarakat, itu jauh lebih bahaya.

“Serahkan kepada polis untuk siasat dengan terperinci, jika ada bukti kukuh, bawa ke pengadilan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Polis menyerbu 20 buah rumah amal iaitu 18 di Selangor dan dua di Negeri Sembilan kerana disyaki terlibat dengan pengabaian serta penganiayaan, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak berusia setahun sehingga 17 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil maklumat lanjut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyaki terdapat penglibatan sebuah syarikat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Menurutnya, hasil serbuan mendedahkan terdapat kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap penghuni terdiri daripada kanak-kanak iaitu seramai 402 mangsa melibatkan 201 lelaki dan 201 perempuan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya