Cuba langgar polis elak ditahan kerana miliki mercun - Utusan Malaysia

Cuba langgar polis elak ditahan kerana miliki mercun

MERCUN yang dirampas daripada seorang lelaki di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dalam usaha melarikan diri daripada ditahan kerana memiliki mercun, seorang lelaki cuba melanggar anggota polis.

Namun, tindakan lelaki berusia 24 tahun itu gagal dan dia berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, dalam serbuan pada pukul 1 petang semalam di Taman Sri Saujana, di sini, pihaknya merampas lapan kotak mengandungi pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM42,000.

Katanya, mercun tersebut disembunyikan di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan, Mitsubishi ASX.

“Semasa serbuan ini dijalankan, suspek berusia 24 tahun telah cuba melanggar anggota kita, namun suspek berjaya ditahan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu supaya tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPDl Kota Tinggi menerusi talian 07-8837222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN