Coach Haizan terus bangkit isu kemudahan, persoal gelanggang futsal terbiar - Utusan Malaysia

Coach Haizan terus bangkit isu kemudahan, persoal gelanggang futsal terbiar

MOHAMAD HAIZAN Jaafar menunjukkan sebahagian kerosakan yang berlaku pada gelanggang futsal di Taman Sri Kluang sehingga menyebabkannya terbiar kira-kira lima tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG:  Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar terus mempertikaikan beberapa isu, khususnya kemudahan asas yang didakwa ‘diabaikan’ pihak berkuasa.

Selepas isu sungai dan longkang yang didakwa tidak diselenggara dengan baik, beliau yang popular dengan panggilan ‘Coach Haizan’ mempersoalkan apa tindakan yang diambil pihak berwajib sehingga menyebabkan sebuah gelanggang futsal terbiar sejak kira-kira lima tahun lalu di Taman Sri Kluang, di sini.

Menurutnya, gelanggang yang terbiar itu telah menyebabkan orang ramai, terutamanya golongan muda hilang tempat beriadah serta perlu ke gelanggang lain untuk bermain futsal.

“Keadaan itu turut menyebabkan mereka terpaksa ke gelanggang futsal berdekatan untuk bersukan atau terpaksa menyewa di pusat-pusat sukan swasta. 

“Saya difahamkan gelanggang ini sudah diserahkan kepada pengurusan penduduk setempat, namun tidak tahu di mana silapnya sehingga  menyebabkannya terbiar. 

“Untuk itu, saya berharap ada tindakan sewajarnya daripada mana-mana pihak agar gelanggang futsal ini dapat digunakan semula oleh anak muda di sini,” katanya selepas membuat tinjauan ke kawasan berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk taman tersebut.

Menurut Coach Haizan,  beberapa kerosakan pada keseluruhan gelanggang futsal ini perlu dibaik pulih bagi membolehkannya dapat digunakan semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya