BEIJING: China akan menaikkan umur persaraan pekerja secara berperingkat pada tahun depan, dengan umur persaraan untuk lelaki dinaikkan kepada 63 tahun dan wanita kepada 55 atau 58 tahun bergantung kepada jenis pekerjaan. Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Nasional, meluluskan polisi baharu itu kelmarin, sebagai usaha menangani masalah penurunan populasi dan tenaga kerja yang semakin tua. Perubahan polisi itu akan dilaksanakan secara berperingkat selama 15 tahun. Umur persaraan semasa adalah 60 tahun untuk lelaki dan 50 tahun untuk wanita dalam pekerjaan buruh kasar serta 55 tahun untuk wanita yang bekerja di pejabat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya