HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways membatalkan 22 lagi penerbangan dari 5 September hingga 7 September, untuk menjalankan pemeriksaan enjin pada Airbus A-350 miliknya. Bagaimanapun, syarikat itu memberi jaminan operasi penerbangan akan disambung sepenuhnya menjelang Sabtu ini. Pembatalan itu turut melibatkan empat penerbangan antara Singapura dan Hong Kong. “Semua pelanggan yang terjejas sudah dimaklumkan dan diberi pilihan perjalanan alternatif melalui Cathay Pacific dan syarikat penerbangan lain yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan. Pembatalan dibuat susulan syarikat penerbangan tersebut menemui 15 pesawat Airbus A350 yang memerlukan pembaikan berikutan kegagalan enjin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya