Cabut lari, tinggalkan 20 kg syabu - Utusan Malaysia

Cabut lari, tinggalkan 20 kg syabu

BUNGKUSAN teh yang mengandungi dadah jenis syabu dirampas oleh Maritim Malaysia Johor di Pantai Parit Raja, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Cubaan sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup keluar 20 kilogram syabu digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri ini tengah malam tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata, pada pukul 12.30 tengah malam, pasukan bot ronda berjaya mengesan sebuah bot kayu tanpa pendaftaran yang mencurigakan di kawasan perairan Parit Raja, dekat sini

“Bot ronda mendapati terdapat tiga individu berada di atas bot kayu tersebut dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka bertindak melarikan diri menuju ke kawasan paya bakau dan meninggalkan bot tersebut.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan menemukan sebuah beg berwarna biru gelap yang mengandungi 20 bungkusan teh cina dipercayai dadah jenis syabu cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua bungkusan dadah tersebut dirampas dan bot kayu berserta enjin disita bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot kayu serta enjin dianggarkan lebih RM700,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya