Bomoh tradisional dicekup selepas cabul wanita

Bomoh tradisional dicekup selepas cabul wanita

TERTUDUH semasa dibawa polis untuk prosiding tahaman reman di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pengamal perubatan tradisional atau bomoh dicekup selepas dipercayai mencabul seorang wanita di sebuah rumah di Melor dekat sini pada Ahad lalu.

Suspek berusia lingkungan pertengahan 50-an ditahan polis kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian itu berlaku di sebuah rumah yang dijadikan pusat rawatan tradisional di Melor pada Ahad lalu sekitar pukul 8 malam

“Mangsa berusia dalam lingkungan pertengahan 20-an yang menghidap fibroid atau ketumbuhan bertemu dengan suspek untuk menerima rawatan secara batin.

“Suspek telah melondehkan seluar mangsa sebelum beberapa kali mencabul wanita itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya