Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta

ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terkunci di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang bapa cemas apabila anak perempuannya yang berusia satu tahun terkunci di dalam  kereta Perodua Kelisa, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Shawaluddin Ami Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 8.22 pagi dan menghantar tujuh anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bagi melakukan operasi menyelamatkan mangsa di hadapan sebuah restoran, di sini.

“Ketika kejadian bapa mangsa menghantar abang  kanak-kanak tersebut ke tadika berhampiran premis terbabit. 

“Mangsa kemudian secara tidak sengaja terkunci pintu kereta, namun tidak pandai membuka semula. Mangsa tidak mengalami kecederaan dan tidak menangis sewaktu operasi menyelamat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Pihaknya menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta terbabit.

Mangsa selamat dan kemudian diserahkan kepada keluarga dan operasi ditamatkan pada pukul 8.35 pagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN