Bom lama ditemukan di kebun kelapa sawit - Utusan Malaysia

Bom lama ditemukan di kebun kelapa sawit

SEBUTIR bom lama jenis mortar yang ditemukan di kebun kelapa sawit, Jalan Batu Belang, Tampin pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sebutir bom lama jenis mortar berukuran 36 sentimeter panjang ditemukan oleh seorang pekerja ladang di kebun kelapa sawit di Jalan Batu Belang, di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman, kira-kira pukul 8.42 pagi, pihak Balai Polis Tampin menerima satu laporan mengenai penemuan objek yang menyerupai bom di lokasi berkenaan.

“Hasil daripada maklumat tersebut sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati ada objek tersebut lalu memasang tali rintangan polis bagi memastikan kawasan tersebut adalah kawasan larangan dan bahaya. 

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan UPB IPD Tampin dimaklumkan untuk tindakan pemusnahan,“ katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amiruddien, proses memusnahkan bom selesai pada pukul 11.51 pagi tadi tanpa berlaku sebarang kecederaan, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN