BN iktiraf orang muda - Syed Hussien - Utusan Malaysia

BN iktiraf orang muda – Syed Hussien

SYED HUSSIEN Syed Abdullah (kiri) menemui orang ramai dalam program Sembang Santai Anak Muda Bersama MB di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG::Pemilihan orang muda sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah bukti pengiktirafan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) Johor terhadap generasi Y. 

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, pemilihannya juga boleh dianggap pengiktirafan untuk golongan tersebut bagi memainkan peranan penting apabila dipilih nanti.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri sudah menyediakan pelbagai pakej untuk anak muda dalam menjaga kebajikan, kepentingan dan keperluan mereka.

“(Kali ini) tampil anak muda sekali lagi (sebagai calon PRK DUN Mahkota), ini daya usaha Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang iktiraf anak muda.

“Maka, saya menyeru anak muda supaya pulang mengundi untuk kawasan DUN Mahkota pada 28 September ini,” katanya dalam program Sembang Santai Anak Muda Bersama MB, di sini hari ini.

Golongan muda dilaporkan sebagai penentu pada PRK DUN Mahkota kerana dilaporkan merupakan lebih 50 peratus daripada 66,318 keseluruhan pengundi.

Pada PRK DUN Mahkota, Syed Hussien ditentang Mohamad Haizan Jaafar yang mewakili Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya