BEIRUT: Israel kini bersiap sedia menghadapi peningkatan konflik dengan Lubnan setelah Menteri Pertahanannya mengisytiharkan permulaan fasa baharu dalam peperangan, susulan dua serangan peranti di negara itu, dua hari berturut-turut. Bayangan pertempuran habis-habisan antara Israel dan kumpulan Hezbollah kelihatan semakin terserlah berbanding sebelum ini. Bahkan, harapan untuk penyelesaian diplomatik juga semakin pudar apabila Israel memberi isyarat untuk mengubah status quo di utara negara, yang menjadi kubu pertempuran rentas sempadan dengan Hezbollah sejak kumpulan itu menyerang pada 8 Oktober, tahun lalu. Kebelakangan ini, Israel mula menggerakkan pasukan tempur ke sempadan utara dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya