GENDANG Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sudah dipalu. Sebaik sahaja nama calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid pada pukul 10.15 pagi kelmarin, pemimpin, calon dan parti yang terlibat dalam PRK berkenaan sudah membuka gelanggang kempen masing-masing. Walaupun pertandingan hanya menyaksikan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah yang mewakili Kerajaan Perpaduan menentang calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, ramai pemimpin serta parti politik mula ‘berkampung’ di Kluang bagi membantu calon masing-masing meraih sokongan pengundi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya