Belum angkat sumpah, Awie wujudkan ATM keempat di Nenggiri

Belum angkat sumpah, Awie wujudkan ATM keempat di Nenggiri

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani memeriksa kemudahan ATM yang telah diwujudkan di Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie mewujudkan mesin juruwang automatik (ATM) keempat di Jeram Tekoh untuk kemudahan penduduk di kawasan Nenggiri meskipun belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Awie menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya semalam berharap kewujudan ATM itu mampu memudahkan urusan perbankan penduduk di kawasan itu.

“Terima kasih ambo ucapkan kepada pihak BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk mesin ATM tersebut.

“Tiada janji, lihat bukti,” katanya.

Terdahulu, Awie sudah telah membantu kemudahan itu di Stesen Minyak Shell berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (RNR) Rantau Manis, Balai Polis Bertam dan SMS Maju Solutions, Jerek Baru.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk di Nenggiri menarik nafas lega apabila impian untuk menikmati kemudahan ATM kenyataan apabila keluhan mereka didengari oleh pihak berkenaan.

Terdahulu, lebih 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri melahirkan rasa lega dan gembira apabila mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) untuk mengeluarkan wang berikutan kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN