Belanjawan 2025: Henti subsidi pendidikan untuk orang kaya – PM - Utusan Malaysia

Belanjawan 2025: Henti subsidi pendidikan untuk orang kaya – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Peluncuran Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Pusat Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa kerajaan akan menilai semula peruntukan subsidi dalam sektor pendidikan yang selama ini dinikmati golongan mahakaya.

Perdana Menteri menegaskan, perkara itu antara yang diberi keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan agar pemberian subsidi itu hanya diberikan kepada golongan miskin dan benar-benar layak.

Menurut beliau, Belanjawan 2025 akan terus menyantuni golongan miskin dan menghentikan pemberian subsidi kepada golongan kaya dalam sektor pendidikan.

“Bentuk ketirisan (subsidi) termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan diberi subsidi tinggi oleh kerajaan, ini harus dihentikan.

“Perkara ini saya hanya berikan hebahan awal sebelum umum belanjawan bulan depan. Negara kalau benar mahu adil, harus adil kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan rentan,” katanya ketika merasmikan Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di sini hari ini.

Anwar berkata, pengagihan dana perlu dilaksanakan secara adil terutama di kawasan-kawasan yang terpencil dan kadar kemiskinan tertinggi.

Menurut beliau, negara ini bermakna kemerdekaan dan kebebasan serta keadilan, maka fokus kerajaan mesti terarah ke situ

Sebagai contoh, jelasnya, sekolah menengah di Kapit, Sarawak iaitu antara daerah yang terpencil dan tertinggi kadar kemiskinan, pemberian dana mungkin tidak setimpal tetapi sekurang-kurangnya harus ada usaha berterusan bagi meningkatkan kemudahan, keupayaan dan mutu pendidikan.

“Orang kanan penjawat awam, pimpinan politik, pengusaha-pengusaha terkenal, itu semua yang dihantar sekolah-sekolah terbaik yang dibiayai oleh kerajaan dengan kadar yang tinggi.

“Ia sebenarnya meletakkan kita dalam keadaan tidak adil. Sepatutnya kalau anak orang kaya itu dihantar ke Fakulti Kejuruteraan (contohnya), Melayu atau Cina, dia (perlu) bayar lah. Jadi dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan.

“Kalau tidak subsidi ini (golongan kaya) berterusan dan hasil ini (sepatutnya) akan digunakan untuk membantu tambahan kepada rakyat yang miskin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya