Bekas timbalan menteri, Eddin Syazlee meninggal dunia

Bekas timbalan menteri, Eddin Syazlee meninggal dunia

ALLAHYARHAM Datuk Eddin Syazlee Shith.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith, 50, meninggal dunia di kediamannya di Taman Bukit Chedang, di sini pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Pilah meninggal dunia kira-kira pukul 7.10 pagi tadi.

Menurut beliau, arwah baru sahaja keluar dari sebuah hospital swasta di bandar ini semalam bagi menerima rawatan kesihatan.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Kariah Taman Bukit Chedang untuk disolatkan dan kemudian jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Ainsdale selepas solat Jumaat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Allahyarham Eddin Syazlee berkhidmat selama sepenggal sebagai Ahli Parlimen Kuala Pilah selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada tahun 2018.

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham turut pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Timbalan Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia selain sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan 

Allahyarham gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah yang disandangnya selepas tewas pada PRU Ke-15 tahun 2022.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN