Bekas Ketua Penerangan UMNO meninggal dunia

Bekas Ketua Penerangan UMNO meninggal dunia

HUSSEIN Ahmad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Bekas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Hussein Ahmad, 90, meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga pada pukul 7 pagi di kediamannya di Kampung Lemal.

Cucunya, Mohamad Radzuan Rosli, 34, berkata, sebelum itu arwah datuknya telah dimasukkan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian di sini selama seminggu akibat sesak nafas.

“Pada Rabu lalu datuk telah dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi pagi tadi arwah datuk sukar bernafas kembali.

“Arwah datuk mengidap penyakit Parkinson sudah lama dan kami sekeluarga reda di atas pemergiannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Mohamad Radzuan memberitahu, jenazah datuknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas selepas solat Jumaat.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya