Bekas ADUN Gemencheh meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Gemencheh meninggal dunia

ALLAHYARHAM Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz, 61, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, di sini, pagi tadi.

Ahli Parlimen Tampin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.50 pagi tadi akibat sakit kencing manis.

“Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Kariah Kampung Air Rawa dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan selepas solat Zuhur tadi.

 “Allahyarham menjadi ADUN Gemencheh selama dua penggal iaitu sejak tahun 2004 sehingga 2013. Pada Ogos 2019, Allahyarham dipilih sebagai Penghulu Pesaka Luak Gemencheh dengan memakai gelaran Dato’ Orang Kaya Sitiawan.

“Kami amat terasa kehilangannya. Arwah bekas ADUN dan bekas pemimpin UMNO Bahagian Tampin yang banyak membantu masyarakat di kawasan Gemencheh khususnya,” katanya hari ini.

JENAZAH Allahyarham Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Rawa, Gemencheh, Tampin, selepas solat Zuhur tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Siti Halimah Bahaman, 60, dan lima orang anak.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya