Bekas ADUN Demit meninggal dunia

Bekas ADUN Demit meninggal dunia

MUHAMMAD Mustafa menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11.10 malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit bagi penggal 2008-2013, Muhammad Mustafa meninggal dunia malam tadi.

Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11.10 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian di sini

Perkhabaran duka itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr. Izani Husin menerusi satu hantaran yang dimuat naik di entri laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

“Insya-Allah, solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi (ini) di Masjid Al Huda, Kampung Huda Kubang Kerian.

“Satu kehilangan yang besar tidak hanya buat keluarganya bahkan juga buat seluruh rakyat Kelantan yang telah mendapat manfaat daripada ilmu dan khidmatnya,” katanya.

ADUN Kijang itu memberitahu, Allahyarham merupakan bekas Senator Dewan Negara (2017-2020), ADUN Demit (2008-2013) dan Ahli Parlimen Ketereh (1999-2004).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN