Beberapa rumah amal milik sebuah syarikat diserbu? - Utusan Malaysia

Beberapa rumah amal milik sebuah syarikat diserbu?

SALAH sebuah premis yang dikatakan diserbu polis kerana terlibat mengeksploitasi kanak-kanak. - IHSAN NETIZEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat dipercayai diserbu polis sejak malam tadi. 

Difahamkan, serbuan dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Serbuan dipercayai dibuat beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Selangor selain di lokasi lain masih giat dilakukan.

Turut difahamkan, sejumlah kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa eksploitasi diselamatkan pihak polis. 

Kanak-kanak yang diselamatkan dikatakan dibawa menaiki bas dan berkumpul di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol).  

Sementara itu, tinjauan di laman Facebook khususnya kumpulan komuniti Puchong dikesan kecoh dengan serbuan berkenaan.

Ada dalam kalangan mereka mendakwa melihat pihak berkuasa membawa keluar kanak-kanak dari rumah amal itu.

Netizen juga mendakwa terdapat sekitar 100 kanak-kanak ditempatkan di situ.

Setakat pukul 1 tehgah hari tadi, Utusan Malaysia masih belum menerima maklum balas untuk   pengesahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN