Beberapa kawasan Melayu sudah putih - PN - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan Melayu sudah putih – PN

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Beberapa kawasan Melayu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ahkota yang sebelum ini dikategorikan kelabu bagi Perikatan Nasional (PN) kini didakwa bertukar putih.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, dapatan tersebut adalah berdasarkan kajian  terkini dilakukan jentera PN.

Menurut Yang Dipertua Pas Kluang itu, sikap pengundi Melayu sudah berubah, tidak seperti sebelum ini yang sukar didekati dan merupakan penyokong tegar UMNO.

“Sebelum ini (pilihan raya terdahulu) bertemu pengundi saluran satu dan dua pengundi Melayu, memang sudah tahu mereka akan undi Barisan Nasional (BN). Tetapi sekarang ini apabila bertemu, mereka tidak menunjukkan sikap siapa yang akan mereka berikan undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota. 

“Kita lihat rata-rata pengundi dalam DUN Mahkota seperti di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan Melayu, contohnya di Kampung Baru sudah berubah.

“Bila hadir kita di peringkat awal culaan mendapati kawasan itu kelabu dan ini dimaklumkan petugas kita dari Johor dan seluruh negara yang turun membantu. Terkini apa yang berlaku di Kampung Baru, culaan yang dilakukan sekarang sudah menjadi putih,” katanya dalam ceramah kelompok di PDM Taman Ilham, di sini malam tadi.

Kawasan  itu merupakan satu daripada PDM yang sudah mempunyai pengundi putih PN  sekali gus menunjukkan sokongan orang Melayu sudah berubah.

Beliau beranggapan, penolakan terhadap UMNO dan BN itu disebabkan dasar Kerajaan Perpaduan yang membebankan rakyat sejak memerintah lebih dua tahun lalu.

Khairul Faizi mendakwa, UMNO sudah tersepit dan sedang memujuk pengundi Cina untuk mengundi mereka pada PRK DUN Mahkota, namun menerusi maklumat semasa bertemu pengundi Cina, mereka dijangka akan berubah sokongan kepada PN pada kali ini.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, 61,  dengan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, 40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya